Monday, October 29, 2007














Adakan Produk Maklumat Anda Sendiri

Maznan Noordin

Tanpa ragu-ragu, mengwujudkan produk maklumat anda adalah cara yang baik untuk menjana satu pendapatan yang berterusan sebab mengwujudkan produk maklumat adalah mudah , senang disebar atau diedarkan dan menawarkan keuntungan yang maksima.

Saya boleh bangun dengan satuy topic di fikiran saya,duduk depan computer , mula mengetik dan beberapa jham kemudi8an lahirlah sebuah buku kecil atau laporan eksklusif yang boleh dijadikan eBuku yang boleh pula dimuat-turunkan dan pantas ditawarkan untuk jualan di tapak web saya.

Sesiapa sahaja boleh mengadakan produk maklumatnya sendiri atau mengajikan penulis hantu untuk menulisnya. Produk maklumat datang dalam berbagai bentuk seperti buku digital (eBuku), laporan digital, satu peisian, satu tapak web atau satu newsletter.

Apa-apa produk yang bersifat memberikan maklumat bolehlah dianggap sebagai produk informasi.

Dinyatakan kenapa maklumat adalah produk terbaik untuk dijual online:

  • Cepat diadakan dan cepat dipasarkan. Lupakan kitar pembangunan produk yang akan memakan bertahun lamanya. Lupakan reka bentuk dan proses cetakan yang panjang. Jujurnya saya telah mengadakan produkmaklumat dalam temph dua jam sahaja dan boleh menjana sedikit wang selepas itu. Jika anda mempunyai topic yang menarik dan sebuah computer, anda sudah mempunyai alat atau perkakas untuk membuat satu produk informasi.

  • Tidak ada inventori untuk stok, Lupakan untuk mencari setor menyimpan barangan atau produk anda. Produk anda berupa digital dan tidak memerlukan stor hanya sedikit ruang di dalam kompute randa.

  • Kos mula rendah. Bila anda menjual maklumat. Jika produk anda sebuah eBuku, pelaburan yang anda buat ialah waktu untuk meletakkan perkataan menjadi digital di kertas.Dan jika anda menjadi seorang pemasar gabungan untuk produk maklumat orang lain, maka pelaburan anda boleh jadi kosong dan tiada langsung.

  • Ada penjualan automatic dan proses penghantaran. Terima kasih kepada teknologi internet, anda boleh menjual produk maklumat 24 jam 7 hari smeinggu dan tidak mengetik sekali pun. Malah anda tidak perlu berjaga atau di rumah untuk membuat duit dengan produk maklumat. Anda boleh automatekan penjualan dan proses penghantaran yang dilakukan oleh tapak anda , semuanya untuk anda. Satu tapak automated boleh memberikan bakal pelanggan anda satu pitch jualan, ambil pesanan danm proses pembayaran, menbghantar produk itu melalui emel dan nmalah boleh mengulangi smeula dalam beberapa hari untuk memastikan yang pelanggan berpuas hati dan menawarkan kepadanya untuk menjual produkproduk tambahan.

  • Pelanggan mendapat akses atau penghantaran yang pantas. Pelanggan-pelanggan online selalunya tidak sabar.Mereka mahukan barang itu sekarang! Menjual maklumat adalah cara terbaik untuk memberi pelanggan anda kepuasan yang serta merta.

  • Tidak ada caj penghantaran. Produk-produk maklumat tidak memerlukan penghantaran melalui kapal, bas, poslaju – melainkan semuanya dihantarkan melalui emel.Sebaik anda mengklik tetikus anda, anda telah menghantar produk maklumat itu ke dalam tangan pembeli anda.


Bila memasarkan produk maklumat anda sendiri, anda tidak sabar untuk pelanggan mencari mendapatkan anda – anda kena bawa produk anda kepada mereka. Cari mereka yang berminat dengan apa yang hendak anda katakana.

Jangan risau fasal hendak memberiukan eBuku anda secara percuma pada mula-mulanya. Bilka buku anda telah menemui audiensnya, maka mereka akan membantu anda dengan memperkenalkan pelanggan baru kepada anda.

Jika anda ada computer dan pengolah kata anda mempunyai semua yang diperlukan untuk mengadakan produk maklumat dalam masa yang singkat.Berita baik ialah anda tidak perlu menjadi penulis yang agung atau terkenal untuk mengadakan sebuah produk maklumat.


© Hakcipta Terpelihara Maznan Noordin 2007