Sunday, September 16, 2007

Membuat Duit Dengan Blog Anda
Oleh : Maznan Noordin

Baiklah, pada dasarnya mengwujudkan satu blog bermaksud anda membuat satru kawasan untuk diri anda di internet di mana anda boleh mengepos tentang apa sahaja yang menarik minat anda.Sudah tentu, jika anda mahu blogging tentang bermacam topik, cara terbaik untuk membuat duit ialah mempunyai berbagai blog untuk topik-topik yang berbeza kalau tidak blog anda adalah umpama sampah yang tidak ada orang berminat untuk melayari dan membacanya.

Jadi apakah topik yang patut anda blog? Saya cadangkan anda blogging tentang minat anda atau hobi kegemaran anda. Sudah barang tentu ada orang di luar sana boleh mempelajari dari pengalaman khusus anda.

Katakanlah anda berminat membela kucing. Anda boleh blog apa sahaja tentang kucing. Ramai orang ingin tahu mengenai jenis-jenis dan pembelaan kucing. Ramai orang yang suka dan sayang kepada kucing dan mereka melakukan banyak pencarian mengenainya di internet. Jadi kenapa tidak membuat wang dengan berkongsi pengetahuan anda untuk membantu mereka yang memerlukannya. Kongsi tip-tip anda dengan mereka dan mereka pasti akan menyayangi anda.

Jadi, bagaimana anda boleh membuat duit dari blog anda walaupun anda tidak mempunyai produk untuk dijual? Satu patah perkataan: Adsense. Adsense adalah program yang ditawarkan oleh iklan Google dipanggil Adwords di tapak-tapak mereka, dan sekiranya anda ada blog yang mempunyai ramai pelawat, mereka akan klik pada iklan yang bermakna anda akan mendapat sedikit duit dari aktiviti itu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana hendak memohon untuk mula menggunakan Adsense di tapak anda, sila layari : Google Ads.

Beberapa tip sebelum anda memohon program Adsense:

1. Anda mesti mempunyai blog anda yang wujud / hidup atau tapak anda.

2. Tapak web anda mempunyai sekurang-kurangnya 10-15 mukasurat yang berisi kandungan yang relevan. Jika anda mempunyai blog yang mana anda mahu memohon penggunaan nya kepada Adsense, anda perlu mempunyai sekurang-kurang 5 atau lebih pos pada blog anda.

3. Blog atau tapak anda mesti mempunyai antara muka yang bersih dan mudah digunakan. Tidak mukasurat yang sedang dikonstruksi atau pautan yang pecah, atau terlalu banyak gifs animasi atau pop ups.

4. Anda tidak perlu untuk mempunyai tapak web atau blog yang direkabentuk secara profesional.Lebih mudah tapak-tapak anda lebih senang enjin pencari melelabah, dan mudah pelawat-pelawat anda melayarinya.

Bagaimana mendapatkan sebuah blog? Gunakan Wordpress, yang mudah untuk distrukturkan php skrip yang mana ia adalah percuma untuk dimuat-turun.
Sebagai pilihan, anda boleh gunakan perkhidmatan blog percuma seperti Blogger yang mana dihoskan pada pelayan mereka.

Untuk mengingat kembali : Pilih topik yang anda hendak blog. Wujudkan satu blog, buat beberapa pos setiap hari pada blog anda, tunggu 5 hari , kemudian buatlah permohonan untuk menggunakan program Google Adsense.

Sebaik anda telah diterima dan dipersetujui untuk mengikuti Adsense, majukan blog atau tapak web anda ke enjin pencari yang utama.Jika anda tidak tahu enjin pencari utama, buatlah pencarian untuk “free website submission”. Anda akan dapati banyak tapak-tapak yang membenarkan anda menggunakan perkhidmatan mereka secara percuma dengan anda memajukan tapak atau blog anda ke beberapa enjin pencari.

Ada berbagai direktori blog yang patut anda menyenaraikan blog anda.Sekali lagi, buatlah pencarian tentang direktori blog, dan daftarkan tapak anda kepada semua yang anda jumpa.
Dapatkan “Blog” di pasaran tidak lama lagi
Beritahu mereka yang lain mengenai blog anda, kawan dan keluarga dll. Minta mereka memberitahu rakan-rakan mereka yang lain mengenai blog anda. Dengan cara itu anda akan mendapat trafik segera. Ingatan: JANGAN meminta keluarga atau kawan mengklik pada iklan Adsense anda, dan anda juga dilarang mengklik iklan itu sendiri – ini sudah pasti merupakan cara anda akan diharamkan oleh Google dan sudah pasti anda akan kehilangan punca atau sumber pendapatan yang berharga.

Kini anda telah tahu bagaimana hendak memulakan blog anda, anda tidak ada alasan untuk tidak membuat duit secara online. Kalau nak tahu mengenai eBuku kunjungi kami di http://www.maznan-blog.blogspot.com Selamat Blogging.

© Hakcipta Maznan Noordin 2007

Wednesday, September 12, 2007

Blogging Bagi Pendapatan

Untung Blogging – Dapat Pendapatan besar dengan Blogging
Oleh: Maznan Noordin

Blog biasanya – hanya digunakan sebagai satu bentuk pernyataan pandangan atau pendapat sesaorang tetapi kini telah mengambil bentuk yang baru menerokai aspek bisnes. Bloggers atau dikenali sebagai orang yang blogging memanfaatkan aspek ekonomi dengan membuat blog mereka berorientasikan bisnes.Kini mereka bertumpu menulis blog sebab mereka ingin mencari lebih banyak pendapatan. Untuk menjayakan cita-cita ini, tip-tip berikut adalah dicadangkan:

- Jika anda mempunyai satu blog, untuk menjana lebih banyak pendapatan darinya,anda boleh menukar atau meniagakan kempen iklan dengan lain-lain tapak blog. Dengan berbuat begini, anda sekurang-kurangnya dapat membawa masuk pendapatan.

- Izinkan lebih banyak sumbangan dimasukkan ke tapak anda. Dengan meminta atau mengajak pengikut-pengikut anda untuk memberikan sumbangan dan mengepos artikel blog ke blog anda. Lebih popular dan terbuka untuk lawatan orang dan ahli-ahli perniagaan.

- Jika anda mempunyai artikel, anda boleh menerbitkannya diblog anda sendiri. Ini akan membuatkan artikel anda menmgandungi lebih banyak kemungkinan.Ada banyak blog-blog lain yang membenarkan artikel diterbitkan diblog itu sendiri.

- Jemput lebih ramai orang,seperti rakan-rakan atau saudara mara, sahabat handai taulan untuk masuk melawati blog anda. Ini akan menyumbangkan kepada jumlah trafik yang dijana oleh lawatan mereka. Disamping itu, anda boleh meminta rakan taulan anda menjemput rakan-rakan mereka pula dan seterusnya rakan-rakan mereka untuk melawat blog anda.

- Wujudkan kandungan yang menarik dan mempunyai kepelbagaian diblog anda. Ini akan membenarkan ramai orang yang berminat untuk melayari blog anda. Lebih banyak topik yang diperbincangkan lebih banyak potensi yang boleh membawa banyak trafik ke tapak blog anda.

Blog Memasarkan Anda

Mengwujudkan satu blog untuk Memasarkan Anda
Oleh: Maznan Noordin

Kuasa blog boleh bertindak sebagai perkakas pemasaran yang mempunyai potensi untuk mengwujudkan aliran trafik tanpa henti-henti dan panduan berkualiti untuk mana-mana tapak, Ramai webmaster dan tuanpunya tapak masih belum sedar akan peluang yang besar ini.

Sesungguhnya amat menakjubkan berapa ramai orang menghabiskan masa sia-sia mereka ke atas tapak-tapak mereka yang hampir tidak berguna langsung atau blog yang mana jawapannya sungguh jelas sekali mengecewakan. Apa yang mereka perlu buat ialah menulis artikel katakunci dan poskan ke direktori artikel yang tinggi trafiknya dengan pautan menuding ke blog yang diwujudkan semata-mata untuk tujuan memasarkan produk atau tapak itu sendiri. Sungguh mudah sebenarnya.

Secara peribadi saya dapat memasarkan semua bisnes online saya hanya dengan menggunakan blog.Kenapa saya perlu membawa barang lebihan atau menyelenggara sebuah tapak web sedangkan saya boleh menarik beratus-ratus ribuan hit kepada rantaian blog-blog percuma saya.Berita baik ialah sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Bagaimana saya melakukannya? Saya adakan katakunci berkualiti mengkayakan kandungan secara tetap dan poskan ke blog saya. Pada waktu yang sama saya mengadakan kandungan untuk diposkan ke direktori artikel terkemuka yang memiliki trafik yang tinggi dengan pautan yang menuding ke blog saya.Itu sahaja.

Apa yang berlaku ialah artikel saya di direktori artikel terkemuka selalunya mendapat pengeposan semula ke merata tempat dengan pautan-pautannya bermakna jumlah pautan menuding ke blog saya secara viral berganda dan sudah tentu menaikkan trafik.

Blog yang dipautkan antara satu dengan yang lain adalah sesuatu yang menjadi kelaziman. Jadi lebih banyak pos dan mukasurat saya wujudkan di dalam blog, maka lebih banyak jumlah pautan menuding ke blog saya berganda secara viral.

Ini macam memerlukan anda menulis dengan banyaknya,walau bagaimanapun dengan satu aturcara mudah untuk menghasilkannya sedikit demi sedikit pada satu masa, anda pasti akan merasa kagum terhadap betapa pantasnya kesan dari usaha anda akan menunjukkan hasilnya.
Anda boleh meminta bantuan orang lain membantu anda membina blog untuk anda untuk memasarkan tapak atau produk pada kadar yang anda tidak percaya. Dan anda juga jangan abaikan penggunaan artikel yang menerokai bagaimana blog boleh memasarkan mana-mana tapak anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut dapatkan buku "Blog" yang akan berada di pasaran tidak lama lagi...

Membina Tapak sesuai (Niche Site) Dengan Sebuah blog

Bagaimana membina tapak sesuai dengan sebuah blog
Oleh: Maznan Noordin

Membina tapak-tapak sesuai adalah kegilaan hari ini.

Strategi asasnya amatlah mudah. Carilah satu pasaran yang sesuai yang belum terlebih langgan. Bina satu senarai katakunci yang digunakan oleh orang bila membuat pencarian. Kemudian tulis sebuah artikel untuk mengoptimakan setiap kata kunci anda. Bila anda telah mempunyai artikel anda, muat-ataskan ia ke dalam tapak anda. Duitkan tapak anda dengan pautan affiliate dan Adsense.

Untuk tapak yang sesuai menjadi berkesan dan membuat duit, adalah patut anda mendapat trafik (lalu lintas) percuma dan dengan banyak sekali. Dengan tepatnya satu blog dapat menjadi teman rapat anda.

Semudahnya blog adalah satu struktur. Ia adalah tulang temulang sebuah laman web. Satu blog adalah satu cara mudah untuk mencetak dan mempamerkan isian anda secara online.

Kebanyakan dari kita berfikir bahawa blog adalah acara ditulis secara kronolgi, atau komentar tentang berita atau item yang menarik minat atau diari peribadi.
Sedikit orang berhenti berfikir bahawa anda boleh membina apa sahaja jenis halaman web dengan sebuah blog. Realitinya, satu blog boleh dipergunakan secara berkesan untuk membina sebuah tapak isian yang sesuai.Alasan yang besar untuk menggunakan blog ialah ia boleh mengarahkan trafik ke tapak anda dengan lebih pantas dari sebuah tapak statik yang dibina .

Sebuah tapak yang sesuai dibina dengan satu blog ialah satu strategi yang kuat.
Pertama, pilih kesesuaian dan selidik katakunci anda. Tulis makalah anda berasaskan satu katakunci yang anda senaraikan.Sama seperti anda buat bila anda membina sebuah tapak biasa. Kemudian strukturkan blog anda dan terbitkan makalah anda itu.Tapak sesuai anda kini hidup.

Untuk mengwujudkan struktur tapak anda menjadi lebih berkesan, pastikan anda memilih blog yang membenarkan penggunaan semua kategori, seperti Wordpress atau jenis yang berubah-ubah. Gunakan 10 katakunci yang penting sebagai nama kategori anda.Kemudian failkan semua kata kunci sekunder artikel dibawah kategori tersebut.

Kenapa ini amat penting? Jika anda berterusan membina tapak dengan menggunakan katakunci artikel yang kaya, akhir-akhirnya anda akan mempunyai beratus-ratus mukasurat. Setiap mukasurat akan mempunyai satu pautan kepada 10 kategori anda. Dan setiap pautan itu akan menggunakan teks sauh menyasari / mensasarkan katakunci mustahak anda. Sebagai hasil semua pautan katakunci internal , tapak anda akhirnya akan diberikan ranking yang bagus dalam enjin pencari (search engines) untuk nama-nama kategori anda.

Kini tiba masa untuk mengwujudkan strategi trafik anda.Di sinilah di mana satu blog boleh menyinar. Ada banyak direktori RSS/Blog yang lapar dengan umpan / sogokan (feeds). Dengan menghantar blog baru anda ke direktori ini, anda akan mendapat trafik dengan serta merta. Selalunya umpan / sogokan ini akan menghasilkan lebih banyak trafik dari semua enjin pencari yang digabungkan. Maka inilah sebabnya masuk akal untuk membina tapak sesuai anda sebagai satu blog. Anda boleh mendapat trafik dua kali ganda, dan mendapatkannya dengan lebih pantas dari satu tapak yang statik.

Di sini ada senarai sebahagian dari direktori RSS/Blog yang utama di mana anda patut menghantar tapak anda kepada http://www.masternewmedia.org/rss/top55/
Sebaik anda menghantar tapak anda ke direktori, anda boleh mendapatkan indeks oleh Yahoo dengan serta merta dengan menambah umpan / sogokan RSS anda ke mukasurat MyYahoo anda. Jika anda tidak mempunyai halaman MyYahoo, sila ke http://www.yahoo.com/. Kini klik pada pautan MyYahoo di atas dan wujudkan akaun percuma anda. Sebaik sahaja anda telah mengwujudkan akaun anda, Klik pada Add Content, kemudian tambah URL umpan / sogokan blog RSS ke dalam Find Content Box.

Bila anda kembali semula ke halaman MyYahoo anda, blog campur pos pertama anda akan ditunjukkan. Jika anda melihat statistik web untuk tapak anda, anda akan mendapati Lelabah (spider) Yahoo sudah pun membuat lawatannya. Tapak baru anda akan diindeks di Yahoo dalam beberapa hari sahaja. Ia sungguh menarik.

Setiapkali anda menambah pos anda, anda boleh memberitahu direktori RSS/Blog dengan “memping” mereka. Ada satu tapak yang amat menarik di http://www.pingomatic.com/ yang membuatkan semua ini mudah. Anda hanya perlu menaipkan blog URL anda dan Pingomatic akan menghantar ping anda ke Yahoo dan 15 direktori besar yang lain. Ini akan membawa balik lelabah semula ke tapak anda dengan serta merta.

Di bulan pertama, saya mencadangkan anda menulis dan menambah artikel setiap hari. Blog yang seringkali dikemaskinikan mendapat banyak trafik. Dan anda akan mendapati enjin pencari yang utama melelabahkan tapak anda setiap hari. Di akhir bulan, akan akan mempunyai 30 artikel tapak sesuai yang sudah menrima banyak trafik. Jika anda telah menduitkan tapak anda dengan Adsense dan program affiliate yang berkaitan, anda juga sepatutnya telah membuat duit.

Bila anda telah membangunkan tapak-tapak sesuai dengan blog anda, anda tidak akan mengulangi cara lama anda semula.

Anda boleh membaca buku “Blog” yang akan dipasarkan tidak lama lagi ….

Monday, September 10, 2007

Apa itu Blog?

Blogging – Ikutan Generasi Baru
oleh : Maznan Noordin

Blogging pantas menjadi ikutan didalam dunia internet. Perkataan “blog”dicantumkan oleh John Barger dalam tahun 1997. Ia adalah dari dua patah perkataan iaitu web dan log yang bermaksud logging atau menulis pemasukan mengikut susunan kronologis.Kemudian, Peter Merholz menggunakan terma “blog” pada laman webnya sendiri. Semenjak dari itu, terma “blog” diterima pakai di seluruh dunia.


Apa itu blog?


Sebuah blog boleh jadi sebuah jurnal peribadi yang mencatatkan kejadian / acara dalam kehidupann sesaorang secara harian. Ia boleh memfokaskan kepada topik-topik yang khusus yang menarik minat si blogger . Blog adalah hasil dari pemasukan teks, musik, video, gambar, imej termauk hyperlinks yang menghubungkan ke lain-lain laman web. Orang yang menulis pemasukan ini dipanggil blogger.


Secara tipikal, blog menyediakan kotak komen di mana pembaca atau pelawat boleh meninggalkan pandangan mereka atau menyatakan sesuatu mengenai pemasukan itu. Seorang blogger boleh menerima balasan yang bersifat positif atau negatif dari pembaca-pembacanya. Mereka yang suka dengan apa yang mereka baca boleh bookmark blog-blog tertentu dan mengulangi blog itu untuk membaca lebih banyak lagi.


Selalunya blogger merupakan ahli-ahli sesuatu kumpulan blog atau komuniti online. Blog-blog mereka mengandungi pautan (link) kepada laman web antara satu sama lain yang membenarkan orang mencari lain-lain blog yang dapat menghubungkan minat mereka dengan lebih senang lagi.


Blog Percuma, Sesiapa?


Hari ini terdapat banyak tapak-tapak hosting yang menyediakan blogging percuma untuk sesiapa sahaja. Yang terkenal dan popular adalah Blogger, Wordpress, LiveJournal, DreamHost, Xanga dan lain-lain lagi. Tapak-tapak blogging ini selalunya menyediakan perkakas atau template yang sedia digunakan. Ini memudahkan blogger untuk memuat-atas fail-fail atau pos pemasukan baru secara regular.


Walaupun mereka yang tiada mempunyai banyak pengetahuan tentang komputer, mereka boleh belajar bagaimana hendak menggunakan perkakas dan templates dengan segera. Dengan bantuan pekakas blogging ini, ramai orang telah menunjukan minat mereka. Kini, blogging sudah menjadi biasa seperti melayari web atau memeriksa emel masing-masing. Ramai orang baik tua mahupun muda telah menjadi ketagih untuk mengepos pemasukan diblog masing-masing. Malah pada faktanya, blogging telah mendatangkan impak yang besar di internet dan kini dikenal-pasti sebagai satu perkakas yang berkesan di dalam pemasaran internet.


Kuasa Blogging.


Hari ini blog bukan sahaja digunakan untuk mengepos pengalaman peribadi. Ia boleh juga digunakan untuk menganjur satu sebab , untuk mengwujudkan satu hebahan, menjadi sebahagian dari komuniti, untuk mengajar dan berkongsi pengetahuan, untuk mempromosi satu bisnes, untuk mendapatkan pengiktirafan, untuk menarik minat pelangan dan juga untuk mencari wang / rezeki.


Malah blog peribadi boleh menjadi sumber pendapatan dengan manjadi affiliate. Syarikat-syarikat yang menggunakan strategi pemasaran internet menggunakan blog untuk mengiklankan perniagaan mereka. Blogger pula dibayar oleh pengiklan hanya dengan pos banner yang memautkan kepada tapak web mereka.Lain-lain pengiklan juga membayar blogger untuk menulis satu ulasan mengenai produk-produk mereka. Disebabkan ramai
orang menghabiskan banyak masa untuk membaca dan melawat blog, pihak perniagaan sanggup membayar blogger ini hanya untuk mendapatkan pengiktirafan. Jadi, anda belum memulakan blogging, mungkin sudah sampai masanya anda memandang semula kepada apa yang anda telah kerugian.

Anda boleh membaca Buku "Blog" yang akan berada dipasaran tidak lama lagi.......Berminat boleh buat tempahan disini