Membuat Duit Dengan Blog Anda
Oleh : Maznan Noordin
Baiklah, pada dasarnya mengwujudkan satu blog bermaksud anda membuat satru kawasan untuk diri anda di internet di mana anda boleh mengepos tentang apa sahaja yang menarik minat anda.Sudah tentu, jika anda mahu blogging tentang bermacam topik, cara terbaik untuk membuat duit ialah mempunyai berbagai blog untuk topik-topik yang berbeza kalau tidak blog anda adalah umpama sampah yang tidak ada orang berminat untuk melayari dan membacanya.
Jadi apakah topik yang patut anda blog? Saya cadangkan anda blogging tentang minat anda atau hobi kegemaran anda. Sudah barang tentu ada orang di luar sana boleh mempelajari dari pengalaman khusus anda.
Katakanlah anda berminat membela kucing. Anda boleh blog apa sahaja tentang kucing. Ramai orang ingin tahu mengenai jenis-jenis dan pembelaan kucing. Ramai orang yang suka dan sayang kepada kucing dan mereka melakukan banyak pencarian mengenainya di internet. Jadi kenapa tidak membuat wang dengan berkongsi pengetahuan anda untuk membantu mereka yang memerlukannya. Kongsi tip-tip anda dengan mereka dan mereka pasti akan menyayangi anda.
Jadi, bagaimana anda boleh membuat duit dari blog anda walaupun anda tidak mempunyai produk untuk dijual? Satu patah perkataan: Adsense. Adsense adalah program yang ditawarkan oleh iklan Google dipanggil Adwords di tapak-tapak mereka, dan sekiranya anda ada blog yang mempunyai ramai pelawat, mereka akan klik pada iklan yang bermakna anda akan mendapat sedikit duit dari aktiviti itu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana hendak memohon untuk mula menggunakan Adsense di tapak anda, sila layari : Google Ads.
Beberapa tip sebelum anda memohon program Adsense:
1. Anda mesti mempunyai blog anda yang wujud / hidup atau tapak anda.
2. Tapak web anda mempunyai sekurang-kurangnya 10-15 mukasurat yang berisi kandungan yang relevan. Jika anda mempunyai blog yang mana anda mahu memohon penggunaan nya kepada Adsense, anda perlu mempunyai sekurang-kurang 5 atau lebih pos pada blog anda.
3. Blog atau tapak anda mesti mempunyai antara muka yang bersih dan mudah digunakan. Tidak mukasurat yang sedang dikonstruksi atau pautan yang pecah, atau terlalu banyak gifs animasi atau pop ups.
4. Anda tidak perlu untuk mempunyai tapak web atau blog yang direkabentuk secara profesional.Lebih mudah tapak-tapak anda lebih senang enjin pencari melelabah, dan mudah pelawat-pelawat anda melayarinya.
Bagaimana mendapatkan sebuah blog? Gunakan Wordpress, yang mudah untuk distrukturkan php skrip yang mana ia adalah percuma untuk dimuat-turun.
Sebagai pilihan, anda boleh gunakan perkhidmatan blog percuma seperti Blogger yang mana dihoskan pada pelayan mereka.
Untuk mengingat kembali : Pilih topik yang anda hendak blog. Wujudkan satu blog, buat beberapa pos setiap hari pada blog anda, tunggu 5 hari , kemudian buatlah permohonan untuk menggunakan program Google Adsense.
Sebaik anda telah diterima dan dipersetujui untuk mengikuti Adsense, majukan blog atau tapak web anda ke enjin pencari yang utama.Jika anda tidak tahu enjin pencari utama, buatlah pencarian untuk “free website submission”. Anda akan dapati banyak tapak-tapak yang membenarkan anda menggunakan perkhidmatan mereka secara percuma dengan anda memajukan tapak atau blog anda ke beberapa enjin pencari.
Ada berbagai direktori blog yang patut anda menyenaraikan blog anda.Sekali lagi, buatlah pencarian tentang direktori blog, dan daftarkan tapak anda kepada semua yang anda jumpa.
Dapatkan “Blog” di pasaran tidak lama lagi
Beritahu mereka yang lain mengenai blog anda, kawan dan keluarga dll. Minta mereka memberitahu rakan-rakan mereka yang lain mengenai blog anda. Dengan cara itu anda akan mendapat trafik segera. Ingatan: JANGAN meminta keluarga atau kawan mengklik pada iklan Adsense anda, dan anda juga dilarang mengklik iklan itu sendiri – ini sudah pasti merupakan cara anda akan diharamkan oleh Google dan sudah pasti anda akan kehilangan punca atau sumber pendapatan yang berharga.
Kini anda telah tahu bagaimana hendak memulakan blog anda, anda tidak ada alasan untuk tidak membuat duit secara online. Kalau nak tahu mengenai eBuku kunjungi kami di http://www.maznan-blog.blogspot.com Selamat Blogging.
© Hakcipta Maznan Noordin 2007
Sunday, September 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment