Blogging – Ikutan Generasi Baru
oleh : Maznan Noordin
Blogging pantas menjadi ikutan didalam dunia internet. Perkataan “blog”dicantumkan oleh John Barger dalam tahun 1997. Ia adalah dari dua patah perkataan iaitu web dan log yang bermaksud logging atau menulis pemasukan mengikut susunan kronologis.Kemudian, Peter Merholz menggunakan terma “blog” pada laman webnya sendiri. Semenjak dari itu, terma “blog” diterima pakai di seluruh dunia.
Apa itu blog?
Sebuah blog boleh jadi sebuah jurnal peribadi yang mencatatkan kejadian / acara dalam kehidupann sesaorang secara harian. Ia boleh memfokaskan kepada topik-topik yang khusus yang menarik minat si blogger . Blog adalah hasil dari pemasukan teks, musik, video, gambar, imej termauk hyperlinks yang menghubungkan ke lain-lain laman web. Orang yang menulis pemasukan ini dipanggil blogger.
Secara tipikal, blog menyediakan kotak komen di mana pembaca atau pelawat boleh meninggalkan pandangan mereka atau menyatakan sesuatu mengenai pemasukan itu. Seorang blogger boleh menerima balasan yang bersifat positif atau negatif dari pembaca-pembacanya. Mereka yang suka dengan apa yang mereka baca boleh bookmark blog-blog tertentu dan mengulangi blog itu untuk membaca lebih banyak lagi.
Selalunya blogger merupakan ahli-ahli sesuatu kumpulan blog atau komuniti online. Blog-blog mereka mengandungi pautan (link) kepada laman web antara satu sama lain yang membenarkan orang mencari lain-lain blog yang dapat menghubungkan minat mereka dengan lebih senang lagi.
Blog Percuma, Sesiapa?
Hari ini terdapat banyak tapak-tapak hosting yang menyediakan blogging percuma untuk sesiapa sahaja. Yang terkenal dan popular adalah Blogger, Wordpress, LiveJournal, DreamHost, Xanga dan lain-lain lagi. Tapak-tapak blogging ini selalunya menyediakan perkakas atau template yang sedia digunakan. Ini memudahkan blogger untuk memuat-atas fail-fail atau pos pemasukan baru secara regular.
Walaupun mereka yang tiada mempunyai banyak pengetahuan tentang komputer, mereka boleh belajar bagaimana hendak menggunakan perkakas dan templates dengan segera. Dengan bantuan pekakas blogging ini, ramai orang telah menunjukan minat mereka. Kini, blogging sudah menjadi biasa seperti melayari web atau memeriksa emel masing-masing. Ramai orang baik tua mahupun muda telah menjadi ketagih untuk mengepos pemasukan diblog masing-masing. Malah pada faktanya, blogging telah mendatangkan impak yang besar di internet dan kini dikenal-pasti sebagai satu perkakas yang berkesan di dalam pemasaran internet.
Kuasa Blogging.
Hari ini blog bukan sahaja digunakan untuk mengepos pengalaman peribadi. Ia boleh juga digunakan untuk menganjur satu sebab , untuk mengwujudkan satu hebahan, menjadi sebahagian dari komuniti, untuk mengajar dan berkongsi pengetahuan, untuk mempromosi satu bisnes, untuk mendapatkan pengiktirafan, untuk menarik minat pelangan dan juga untuk mencari wang / rezeki.
Malah blog peribadi boleh menjadi sumber pendapatan dengan manjadi affiliate. Syarikat-syarikat yang menggunakan strategi pemasaran internet menggunakan blog untuk mengiklankan perniagaan mereka. Blogger pula dibayar oleh pengiklan hanya dengan pos banner yang memautkan kepada tapak web mereka.Lain-lain pengiklan juga membayar blogger untuk menulis satu ulasan mengenai produk-produk mereka. Disebabkan ramai
orang menghabiskan banyak masa untuk membaca dan melawat blog, pihak perniagaan sanggup membayar blogger ini hanya untuk mendapatkan pengiktirafan. Jadi, anda belum memulakan blogging, mungkin sudah sampai masanya anda memandang semula kepada apa yang anda telah kerugian.
Anda boleh membaca Buku "Blog" yang akan berada dipasaran tidak lama lagi.......Berminat boleh buat tempahan disini
Monday, September 10, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
http://helpaboutblog.blogspot.com/2007/10/apa-itu-blog.html
Post a Comment